Tuesday 10 April 2012

Memori of PSIS

Assalamualaikum...haihhhh, duduk rumah nie, tak tahu nak buat apa. So, update blog je laa kerja aku. Pagi ini, aku mengimbau kembali kenangan lama. Zaman aku muda-muda dulu dekat PSIS. Tahu tak PSIS ni apa?  It's short name for Politeknik Sultan Idris Shah. Salah satu daripada politeknik yang ada dekat Malaysia nie. PSIS juga politeknik yang ke-17 dalam sejarah. Inilah tempat pengajian aku yang pertama lepas tamat SPM dulu. Aku dapat sambung dalam bidang Diploma Teknologi Maklumat (Rangkaian). 17DNS10F1012, itu nombor matrik aku. Ingat lagi taw. Dekat sini mula-mula aku belajar erti hidup berdikari. Sebelum nie mana penah aku duduk kat asrama. Disebabkan PSIS adalah IPTA, tak adalah macam ketat sangat peraturan kolej nya. Kawan-kawan kelas aku masa tu ada 40 orang rasanya tak silap aku.


Boys:
Zack, Nalie, Amir, Roy, Areep, Muis, Quan, Yan, Liezan, Kechik(zuwan), Amir, Ejai, Hazem, Hafiz, Din, Wan(abe), Syazwan, Latif.


Girls:
Jue, Jumi, Aimi, Miera Mazmin, Mira(Panjank), Diha, Rubini, Aishah, Yana, Ana, Fara, Wanie, Aina, Farah, Indra, Sarah, Hafsah(angah), Nad, Ain, Susi, Umaira.


Ada aku tertinggal mention sesapa tak?
Tadaa! Ini lah kami..





Cun tak? 
Hensemkan diorang...hahaha...


Ini roomate aku.. Mira(panjank), Jue, aku, Jumie


**Gambar-gambar dari mukabuku kawan-kawan nie.

Okey, tu pasal kawan-kawan, sekarang pasal PSIS pulak. PSIS ini memang tempat yang sesuai laa untuk belajar. Memang aman dari gangguan fizikal(kot). PSIS ni belakang dia laut. Petang-petang boleh tengok sunset kat pantai belakang poli. Tapi kalau kena Tsunami, haru jugak nih. Ada juga tasik yang dipenuhi oleh haiwan reptilia seperti b*****. Tapi PSIS nie jauh dari pekan. Almaklumlah, pedalaman. Pekan yang terdekat, Sungai Besar dengan Teluk Intan je. Sebab tu, duduk kat PSIS nie, duit jimat sikit. Sebab tak selalu berjimba dengan kawan-kawan. 

Ini tasik waktu petang.

Ini Pusat Islam. Gambar ni tak edit sikit pun. Dan aku yang snap gambar nie :P

Sunset di PSIS. Nampak tak laut kat belakang tu. Cantik sangat.


Ini pemandangan dari atas. Tapi bahagian kolej tak masuk dalam nie.

Overall, belajar dekat PSIS memang seronok. Cuma kena sabar dengan kekurangan yang ada sikit-sikit. Sebab ia agak pedalaman. Tapi boleh je survive kat sini. Okay, see next entry yaa!















No comments:

Post a Comment