Saturday 28 December 2013

Terakhir 2013



Assalamualaikum. 

Sebenarnya banyak perkara nak cerita, tapi terlalu sibuk dengan assignment. 

Entri terakhir untuk tahun ini.

 Selamat tinggal 2013.


Mazatulakmar Junos

Thursday 14 November 2013

Happy Graduation Day Akma!

Assalamualaikum.

Happy Graduation Day to me! Mood konvokesyen masih terasa. Alhamdulilah, pada 11 November 2013 yang lepas telah berlangsungnya Istiadat Konvokesyen Kali Ke-79 di Dewan Agung Tuanku Canselor. Penganugerahan Diploma dan Ijazah Fakulti Pengurusan Maklumat diadakan pada sidang ke-4 sesi pagi. Memang sangat penat tapi seronok. Dapat jumpa kawan-kawan se’diploma’ walaupun tak sempat nak bergambar sama-sama. Bagi aku ini pertama kali menghadiri majlis graduasi untuk diri sendiri sebab masa tadika kecik-kecik dulu tak pernah pun pakai jubah graduasi ni. So, kali ni rasa excited lebih sikit. Hehe.
 

Terima kasih tidak terhingga kepada mak dan abah sebab berhabis duit untuk biayai pengajian dekat universiti. Kepada siblings yang sentiasa beri sokongan, pensyarah yang memberi tunjuk ajar dan ilmu serta rakan-rakan sekelas, serumah, se’group assignment’. Alhamdulilah kita berjaya dapat skrol Diploma. Kelukaan terasa masa tak dapat masuk universiti untuk first intake dulu telah terubat dengan mendapat diploma dengan title “ANC”. Kalau ingat lepas SPM yang lepas, frust gila menonggeng sebab tak dapat masuk universiti cuma dapat sambung di politeknik. Alhamdulilah, semuanya ada hikmah bila dapat kemasukan untuk intake kedua. 

Apabila berada dalam DATC, memang terasa ada satu aura. Majlis istiadat siap diiringi dengan bunyi nobat dan perarakan masuk pedang. Seriusly, rasa macam zaman Kesultanan Melayu Melaka. Haha. Penerima sijil memang ramai sampai beribu kot. Penerima Anugerah Naib Canselor dan Ijazah Kelas pertama memang akan dapat tepukan gemuruh. Jom terjah gambar-gambar konvo cik tuan punya blog:

Preconvo : semasa ambil jubah.
     
Angkat topi sikit je sebab tak official grad lagi. haha        




Now, officially graduate
Teman sekelas Anugerah Naib Canselor

Bergambar bersama Pro Canselor UiTM

Terima kasih mak dan abah, along





 Akhir kata, Happy Graduation Day to me again! Semoga perjalanan degree juga cemerlang seperti diploma. Amin.

Sunday 22 September 2013

New Book: Degree level



Assalamualaikum.
I’m already in Merbok now! Musim cuti sudah habis. Sekarang masa untuk kembali kepada normal life as a student, ermmm as degree student. 7 September lepas aku mendaftar semula sebagai pelajar. 2 minggu pertama ni, kelas sentiasa tak ada sebab clash dengan student diploma. Tentang classmate pula, hanya ada 20 orang sahaja. 18 kuntum bunga, 2 ekor kumbang. Arhhhh, sangat sadis. 1 batch penerapan untuk semester 3 ada 38 orang pelajar. Sikit kan? Masa ni rasa rindu sangat-sangat dekat classmates masa diploma. Walaupun pernah gaduh, masam muka, tapi kami tetap satu kelas. Rindu dekat Kak Que, Ruby, Lin.

Masuk degree ni sangat seram okey. Lecturer cakap, ‘we expect you give more than you know to us’. Nak pilih Minor in Records atau Minor in System pun satu hal yang mengusutkan kepala. Lastnya aku pilih Bachelor in Library Management minor in Records.  Faktor member dan cara belajar sangat mempengaruhi unuk kita pilih yang mana. Housemate pun semua pilih minor in Records.

Hopefully,  sesi pembelajaran kali ini dapat memberikan yang terbaik. As always, i dream for ANC once again.
InsyaAllah. Please pray for me too.  :)

 

Friday 23 August 2013

Riang Ria Raya 2013




Salam Syawal 2013 dari keluarga Haji Junos sekeluarga.


Sesi bermaafan antara 2 org anak saudara yg umur 3 tahun.

Abah dan mak tersayang

2 org best fren Abe Kirin dan Cek Mek Putri


Si hero dan kak long nana

Kirin dan abah

Me, sis & nephew




The ladies
Big complete family


Monday 22 July 2013

New beginning : Degree IM224



Assalamualaikum. 


Berminggu-minggu berdebar tunggu keputusan penerapan ke ijazah sarjana muda. Akhirnya 19 Julai lepas, keputusan diumumkan. Alhamdulilah, dapat juga aku bergelar pelajar ijazah. InsyaAllah. Sekali lagi aku dihantar ke Merbok, Kedah tapi kali ini dalam bidang pengajian yang berbeza. 


Nampaknya Merbok masih sayang aku. Hehe. Best friends Aimi, Eza dan Fila juga dapat tempat yang sama. Tak lupa juga best friends dari sekolah lagi Mamat Izwan pun dapat tempat yang sama tapi dalam bidang finance, Cik Azlin dan Cik Ina dua-dua dapat dekat Shah Alam juga. Nanti confirm diorang balik kampung sekali.  Tahniah yaa kalian! Tapi yang sedih, partner gosip-gosip, teman rapat masa diploma Kak Qila, dapat UiTM Puncak Perdana, Shah Alam.  Mama Ruby Rohana dapat Machang, Kelantan dan adik manis Cik Fara Lin juga di Puncak. Berpisah jua kita. Sedih kita tak dapat bersama kali ini. Diharap kalian tetap tak lupa kami di Merbok. Aku doakan kalian berjaya sampai ke peringkat seterusnya. 

Kawan-kawan se`batch’ pula ramai juga di Shah Alam, Merbok dan Machang.  Rasanya cuma tak sampai 10 orang classmates stay di Kedah. Hopefully classmates baru masa ijazah nanti semua baik, best, happy dan enjoy. Dan hopefully ada juga ‘kawan baru’ yang muncul. Doakan yang terbaik untuk sesi kali ini. Amin..