Thursday 13 December 2012

Final Semester (Nov 2012-Mac 2013)



Assalamulaikum.

Alhamdulilah. Bertemu kembali dalam entri yang seterusnya. Disaat entri ini ditaip, aku berada di bumi Kedah. Yup di  Merbok, Kedah. Kali ini aku berstatus pelajar semester akhir Diploma Pengurusan Maklumat (IM 110). Sedar tak sedar, sudah 2 tahun aku di UiTM Kedah. 2 minggu kuliah bermula, aku bertemu kembali teman-teman seperjuangan.

Apa yang dapat aku amati, teman-teman seperjuangan aku semakin berkurangan. Aku tak tahu kenapa. Tapi terasa amat sedih kerana tidak dapat kita tempuhi perjuangan ini bersama. Mungkin Allah telah tetapkan hala tuju setiap manusia. Walau apa pun, aku berdoa untuk kejayaan teman-teman. 

Permulaa semester baru, aku dapat berita yang amat menggembirakan. Pn. Tuan Rohana a.k.a Ruby iaitu housemate aku akan jadi seorang ibu. Oh my! Sangat-sangat excited. Tahniah Ruby! 

And then, cuti pertengahan semester ni 2 orang classmate aku bakal menjadi isteri orang. Kepada Nur Nabilah dan Ain, semoga kalian menjadi isteri yang baik, taat kepada suami dan solehah. Jodoh kalian telah tiba pada waktunya. Tahniah yaa! 

Apa yang aku harapkan di semester terakhir ni, kami satu kelas KIM 110 5A dapat menamatkan pengajian diploma dengan jayanya. Aku berazam untuk capai DL untuk semester terakhir ni. InsyaAllah, jika diberi rezeki, aku mengimpikan title “Anugerah Naib Canselor”. Doakan aku yaa. Amin..



Selamanya IM 110

Best friends forever