Thursday 14 November 2013

Happy Graduation Day Akma!

Assalamualaikum.

Happy Graduation Day to me! Mood konvokesyen masih terasa. Alhamdulilah, pada 11 November 2013 yang lepas telah berlangsungnya Istiadat Konvokesyen Kali Ke-79 di Dewan Agung Tuanku Canselor. Penganugerahan Diploma dan Ijazah Fakulti Pengurusan Maklumat diadakan pada sidang ke-4 sesi pagi. Memang sangat penat tapi seronok. Dapat jumpa kawan-kawan se’diploma’ walaupun tak sempat nak bergambar sama-sama. Bagi aku ini pertama kali menghadiri majlis graduasi untuk diri sendiri sebab masa tadika kecik-kecik dulu tak pernah pun pakai jubah graduasi ni. So, kali ni rasa excited lebih sikit. Hehe.
 

Terima kasih tidak terhingga kepada mak dan abah sebab berhabis duit untuk biayai pengajian dekat universiti. Kepada siblings yang sentiasa beri sokongan, pensyarah yang memberi tunjuk ajar dan ilmu serta rakan-rakan sekelas, serumah, se’group assignment’. Alhamdulilah kita berjaya dapat skrol Diploma. Kelukaan terasa masa tak dapat masuk universiti untuk first intake dulu telah terubat dengan mendapat diploma dengan title “ANC”. Kalau ingat lepas SPM yang lepas, frust gila menonggeng sebab tak dapat masuk universiti cuma dapat sambung di politeknik. Alhamdulilah, semuanya ada hikmah bila dapat kemasukan untuk intake kedua. 

Apabila berada dalam DATC, memang terasa ada satu aura. Majlis istiadat siap diiringi dengan bunyi nobat dan perarakan masuk pedang. Seriusly, rasa macam zaman Kesultanan Melayu Melaka. Haha. Penerima sijil memang ramai sampai beribu kot. Penerima Anugerah Naib Canselor dan Ijazah Kelas pertama memang akan dapat tepukan gemuruh. Jom terjah gambar-gambar konvo cik tuan punya blog:

Preconvo : semasa ambil jubah.
     
Angkat topi sikit je sebab tak official grad lagi. haha        




Now, officially graduate
Teman sekelas Anugerah Naib Canselor

Bergambar bersama Pro Canselor UiTM

Terima kasih mak dan abah, along





 Akhir kata, Happy Graduation Day to me again! Semoga perjalanan degree juga cemerlang seperti diploma. Amin.