Saturday 31 December 2011

Timeline 2011

Assalamualaikuum....tahun 2011 telah sampai ke penghujungnya... 31/12/2011 akan melabuhkan tirainya manakala 1/1/2012 akan membuka lembaran baru...sepanjang 2011, pelbagai suka dan duka telah ku tempuhi pada tahun ini... Antara episod-episod yang terjadi pada 2011:

*Tawaran pengajian Diploma in Information Management di UiTM Kedah
Hujung tahun 2010, aku ditawarkan meyambung pengajian di UiTM Kedah... Perkara paling sedih masa tu, aku berhenti dari belajar dekat PSIS... kena berpisah dengan kawan-kawan PSIS... Sedih teramat sangat, kawan-kawan pun nangis bila dapat tahu aku tukar tempat belajar... Tapi... Aku kuatkan semangat dan buka buku baru sempena tahun baru 2011... Now, here I am..study at UiTM Kedah, for third semester... Dan, alhamdulilah, keputusan exam pun agak baik untuk 2 semester yang lepas... 


UiTM Kedah
Semester 1

Semester 2
Gambar semester 3 belum ada lagi, sebab baru mula kuliah sebulan.. Harapan aku, agar dapat genggam segulung diploma dengan jayanya...


*Dapat anak saudara




Puteri Nur Aisyah

Muhammad Syakirin



*Pengalaman pahit: 
Agak-agak apa? Ini memang pengalaman yang paling tak boleh aku lupakan sebab aku sendiri yang mengalami perkara ni... Rumah aku dimasuki oleh perompak... Kejadian ni berlaku masa aku cuti semester 1.. Alhamdulilah, tiada kerugian harta benda berlaku... Cuma perompak tu sempat curi remort air-con dengan purse kakak yang tak ada duit dalamnya (padan muka kau perompak!)... Agak menyedihkan apabila perompak itu tak berjaya diberkas oleh polis lagi... Dan paling meninggalkan kesan pada aku apabila aku telah diheret dan nak dijadikan tebusan...tapi nasib baik aku sempat melepaskan diri... syukur ya Allah...cuma kaki aku luka terkena parang si perompak durjana tu...aku hampir menemui ajal pada malam tu...Allah masih memberi aku kesempatan untuk hidup di muka bumi ini... Syukur!


----------> Semoga lembaran 2012 bakal memberi sesuatu yang baik... 2012 jugak, umur aku dah masuk 20 tahun....errkkkkk...cepatnya masa berlalu...harap aku boleh menjadi insan yang lebih matang sebab aku sudah melangkah ke pertengahan alam remaja sekarang!



No comments:

Post a Comment