Assalamualaikum.
Berminggu-minggu berdebar tunggu keputusan penerapan ke
ijazah sarjana muda. Akhirnya 19 Julai lepas, keputusan diumumkan.
Alhamdulilah, dapat juga aku bergelar pelajar ijazah. InsyaAllah. Sekali lagi
aku dihantar ke Merbok, Kedah tapi kali ini dalam bidang pengajian yang
berbeza.
Nampaknya Merbok masih sayang aku. Hehe. Best friends
Aimi, Eza dan Fila juga dapat tempat yang sama. Tak lupa juga best friends dari
sekolah lagi Mamat Izwan pun dapat tempat yang sama tapi dalam bidang finance,
Cik Azlin dan Cik Ina dua-dua dapat dekat Shah Alam juga. Nanti confirm diorang
balik kampung sekali. Tahniah yaa
kalian! Tapi yang sedih, partner gosip-gosip, teman rapat masa diploma Kak Qila, dapat UiTM Puncak Perdana, Shah Alam. Mama Ruby Rohana dapat Machang, Kelantan dan
adik manis Cik Fara Lin juga di Puncak. Berpisah jua kita. Sedih kita tak dapat
bersama kali ini. Diharap kalian tetap tak lupa kami di Merbok. Aku doakan
kalian berjaya sampai ke peringkat seterusnya.
Kawan-kawan se`batch’ pula ramai juga di Shah Alam,
Merbok dan Machang. Rasanya cuma tak
sampai 10 orang classmates stay di Kedah. Hopefully classmates baru masa ijazah
nanti semua baik, best, happy dan enjoy. Dan hopefully ada juga ‘kawan baru’
yang muncul. Doakan yang terbaik untuk sesi kali ini. Amin..
No comments:
Post a Comment