Friday 10 May 2013

Alhamdulilah | IM110



Assalamualaikum. Result semester 5 telah keluar. Syukur Ya Allah. Syukur kepada-Mu.  Akhirnya apa yang aku impikan selama ini menjadi kenyataan akhirnya. Aku telah berjaya mendapat keputusan yang paling bermakna sepanjang pengajian diploma. Anugerah Naib Canselor. Ya, itu yang sangat aku desire. Dan note COMPLETE with ANC-Vice Chancellor Award buat aku rasa sangat sebak. Sebenarnya first time jejak kaki dekat UiTM ni, tak pernah terfikir langsung nak struggle untuk ANC. Tapi lepas 2 semester dapat Dean List, tiba-tiba rasa nak kejar ANC tu. Dan aku rasa usaha aku tidaklah ditahap maksimum, mungkin rezeki Allah nak bagi. Alhamdulilah.

 
bukan nak show off, tapi nak berkongsi kegembiraan :)

Emak, Abah hadiah ini untuk kalian. Terima kasih atas pengorbanan untuk anak bongsu ni. Bila ingat balik, abah dengan emak akan hantar dan ambil aku setiap awal semester dan akhir semester dekat Kedah.  Rasa sebak.

Khas buat para pensyarah IM UiTM Kedah yang pernah mengajar aku:
Miss Ayu, Madam Hasniza, Miss Khadijah, Miss Salasiah, Miss Shahira, Miss Seri, Madam Azlina, En. Asmad, En.Azam, En. Firdaus, En.Mahadi, En. Rosli, Dr.Asmad, En.Sufi terima kasih kerana mencurahkan ilmu kepada aku dan kawan-kawan.

Buat sahabat UiTM tersayang:
Kak Que, Aimi, Ruby, Fila, Ezzati dan Lin terima kasih juga kerana memberi pertolongan serta semangat. Susah senang kita sepanjang berkawan, aku bersyukur mempunyai sahabat seperti kalian. Yang gila-gila, sporting, sehati dan sejiwa.. Hik hik.. Pengalaman duduk kolej, buat jahat sama-sama, outing, picnic, duduk rumah sewa, study dekat ruang tamu sama-sama, memasak sama-sama, gosip ramai-ramai, banyak lagilah. Paling aku suka, masa belajar kita belajar, masa enjoy kita enjoy puas-puas. Tahniah untuk result kalian.  InsyaAllah ada rezeki kita berjumpa lagi semasa konvokesyen nanti. 

Dengar cerita ramai classmate yang dapat Dean List final semester ni. Tahniah korang. Penat lelah menelaah, tak tidur malam, bersengkang mata akhirnya berbaloi kan. Hehe.

Okay, see next entry.