Wednesday 23 May 2012

Je t'aime




Je t'aime

This word. Memory for me. Thanks for it. But now, only memory. 




Tuesday 22 May 2012

The Princess (Thai Drama)


Assalamualaikum.

Cuti berbaki 3 minggu lagi. Sebelum tu, aku sempat melayan kembali drama paling aku minat. Memandangkan bb Celcom dekat area rumah aku ni laju macam keretapi elektrik dekat Jepun tu, memang heaven layan drama ni dekat You Tube. Even bukan full drama. At least, dapat melepaskan rindu aku untuk tengok drama ni.



The Princess atau Luerd Khattiya dalam bahasa Thailand merupakan the best drama yang pernah aku tonton. Seriuosly, drama ni berjaya menambat hati ribuan penonton.  Ditayangkan masa tahun 2005 kalau tak silap dekat TV2. Aku ingat lagi, di akhir drama ni aku menangis. Sedih gila ending dia. Ending yang sangat dramatik. Tak sangka aku hero dia akan mati. Sob.. Sob.. Nangis kejap. Abah aku yang tak pernah minat drama pun boleh layan cerita ni sampai episod last. Penangan The Princess punya hal. Penuh dengan pengorbanan, cinta, kasih sayang, semangat cintakan negara dan adat istiadat istana membuatkan drama ni memang terbaik. Aku 'salute' dengan pengarah drama  ni. Plus, pakaian pelakon-pelakon yang sangat cantik dan latar belakang istana yang sangat mengagumkan. Kalau Malaysia buat  drama macam ni, confirm, rating drama akan tinggi menggunung. Okey, dekat bawah ni ada gambar dan episod drama ni. 

Teraju utama Puteri Darakumari dan Anothai (padan sangat diorang ni)





Sad moment:
Episod ni paling sedih bagi aku. Bersama dengan orang yang tercinta untuk saat-saat akhir.





Ini pula lagu tema drama The Princess:
Walaupun aku tak faham bahasa Thailand, tapi lagu ni memang menyentuh hati.





p/s 1: Aku harap, ada stesyen TV dekat Malaysia ni yang dapat tayangkan drama ni balik. Please, i'm begging.
p/s  2: Kalau ada lelaki macam Anothai tu, memang aku tak reject. 



Tuesday 15 May 2012

Mak, Abah, & Makkah

Assalamualaikum.

Hari nie, mak dengan abah bertolak ke Makkah untuk menunaikan umrah. Setelah menunaikan haji 6 tahun yang lalu. Aku tahu, mak dan abah mesti rasa gembira dan bersyukur sangat. alhamdulilah, aku tumpang gembira. Dijangka 28 hb 5 nanti kepulangan mereka. Ya Allah, berkatilah ibadah umrah kedua ibu bapaku. Peliharalah perjalanan pergi dan kembali mereka ke tanah air. Amin. 

Saturday 5 May 2012

Untitle


Takkan Pisah-Eren




Untitle. Mood, K.O. Sekarang lagu kat atas nie tengah kedengaran untuk yang keberapa ratus kalinya aku pun tak tahu. One of my favourite song yang wajib dengar setiap malam. Lagu nie  membuai perasaan. First time dengar, rasa sebak sangat. Lepas tu terus minat. Aku pulak jenis orang yang suka lagu sedih-sedih nie. Asal lagu sedih-sedih muzik dia best ha? Kak Qila pernah cakap kat aku, "Tak elok dengar lagu sedih selalu, nanti susah nak dapat orang sayang kat kita atau perhubungan tu tak lama". Ermmm. Betul ke? Berbalik kepada mood aku, 2 hari nie sangat-sangat down. Mainan hati dan perasaan betul ! 

*_*


























Friday 4 May 2012

Emosi


Assalamualaikum.

Jam sekarang menunjukkan pukul 1.52 pagi. Aku tak mampu untuk tidur lagi pada waktu ini. Lagu Bila Rindu-Ruffedge ku putarkan berulang kali di corong headphone aku. Arghhh! Terasa rindu. Tapi rindu yang sudah tak bermakna lagi. Selama 3 bulan nie, aku menghadapi hidup bersendirian. Walaupun ada keluarga yang menemani. Handphone aku, senyap. Tiada kedengaran bunyi mesej atau call. Kalau topup RM 5, boleh tahan untuk 2 minggu. Begitulah aku. Yang menjalani hari-hari sepi. Bertemankan aksara-aksara di alam maya ini. 

Namun, malam tadi, aku menerima panggilan dari seorang sahabat. Sahabat yang aku sayangi. Katanya, dia merasakan aku orang yang paling sesuai untuk berkongsi cerita. Aku hargai itu. Dan, dia meluahkan perasaan sedihnya pada aku. Walaupun sedikit sebanyak ianya rahasia, aku cuba memahami. Memberi nasihat sebaik mungkin. Menabur semangat agar dia mampu menyelesaikan masalahnya. Aku tahu, dia amat sayang aku sebagai kawannya. Dari nada suaranya, aku tahu ada sesuatu. Lalu, dia meleraikan apa yang terbuku di hatinya sejak dulu. Aku cuba memahami sekali lagi. Kerana masa dan keadaan, aku terima takdir yang telah ditetapkan. Sesuatu yang telah ku agak dari dulu. Tetapi, hati.... Tidak boleh dipaksa. Dan dia, amat memahami. Terima kasih kawan. Ku doakan yang terbaik untuk kamu.