Monday, 24 June 2013

24 Jun 2013



Assalamualaikum. 

Semester baru dah muncul. Eh, haha. Gedik pulak. Sekarang ni dah masuk 2 bulan jadi penganggur kehormat dekat rumah sejak tamat belajar. Bukan tak nak kerja, tapi mak dengan abah macam nggak bagi permisi. Jadi sekarang ni tengah menunggu keputusan kemasukan ke peringkat ijazah. Dengar cerita bulan depan diumumkan. Hopefully, dapatlah sambung peringkat ijazah pula.  Rindu pula dekat UiTM Merbok, Kedah. Macam kejap rasanya belajar hampir 2 tahun setengah dekat sana. Rindu tahap maksima dah ni dekat classmate terutama geng ‘Gadis Ayu’. Haha. Housemate 141 B. Semua ajak turun Merbok nak buat clearance sama-sama. Rindu sangat lah tu. 

IM 110 batch Disember 2010
  
Minggu ni pulak satu Malaysia mengalami jerebu yang teruk. Ingatkan aku duduk kampung ni tak ada lah kena jerebu, tapi jerebu ni masuk kampung jugak. Paling penting jaga kesihatan, dan jangan selalu keluar rumah. Masa menaip entri ni pun, pedih-pedih mata dah effect dari jerebu. Bulan depan jugak bulan Ramadhan menjelma. Kali ni aku akan puasa dekat rumah, tak macam sebelum ni puasa dekat kolej. Tak sabar nak tunggu puasa ni. Ok, see next entri.

No comments:

Post a Comment