Tuesday 25 September 2012

Memory in September

Assalamualaikum.

Wahh, dah lama rasa nya tak update belog ni. Sibuk dengan final projek yang berlambak. Sampai tak cukup kaki, tangan nak buat. Sampai tak tidur malam nak siapkan. Semenjak dua menjak ni, mata aku boleh tahan sampai pukul 5 pagi.. Erghhh, itu pun sebab assignment yang nak kena submit esok pagi tu. Satu hal yang aku pelik, even kita dah buat kerja awal-awal pun, tapi hasilnya, mesti ada juga kerja last minit. Haha. Itu yang terjadi pada aku. Mungkin sebab kerja yang terakhir tu yang memuaskan hati kot. 

Untuk perjalanan hidup September, banyak tugasan-tugasan sebagai seorang pelajar yang WAJIB aku disiapkan. Bukan lagi sunat. 4 presentation telah berjaya disettle kan dalam masa seminggu setengah. Pasal  assignment semester 4 ni, aku akan buat entri lain masa cuti semester nanti. Just wait ok.  Bulan September ni juga menyaksikan peristiwa yang amat menduka citakan hati aku. Nak cerita kat sini, memang tak boleh. Oleh itu, pendam laa dalam hati.. Hua Hua..

Actually, 25 hb 9 yang beberapa minit telah berlalu tadi, aku dan teman-teman pergi jalan-jalan cari makan. Haha. Sebenarnya kami cuma makan besar sedikit hari ni. Gara-gara "Mem Besar" - Puan Tuan Rohana nak sangat (mengidam) makan something. Dia dah siap planning seminggu awal untuk keluar hari ni. So, lepas test DRC tengah hari tadi, kami pun berangkat menuju ke tempat kereta sewa depan UiTM ni dan sewa 2 buah kereta. Lepas tu round CS sekejap dan stop dekat Lagenda Heights. 

Okay u alls, kedai makan pilihan kita yang pertama adalah Selera Warisan Mak Jah. Menu paling famous dekat sini adalah set Nasi dan Ayam Goreng Jumbo atau set Nasi dan Ikan Bawal Goreng Jumbo atau set Nasi dan Burung Puyuh Goreng Jumbo. Hanya RM 7.50 sahaja. Menu terdiri daripada nasi putih, ulam-ulam, sambal belacan, kuah kari dan ayam/bawal/burung puyuh goreng. Aku sendiri dah kali ketiga datang kedai ni. Hari ni datang makan sini sebab nak bawak Aimi, Fila dengan Ezza makan dekat sini. Walaupun menu dia simple, tapi rasa kombinasi dari makanan-makanan ni teramat laa sedap. Seriusly, ayam goreng dengan sambal belacan sangat sedap. Kalau korang makan, nasi akan habis dulu daripada ayam/ikan bawal. Sebab ayam/ikan bawal memang saiz Jumbo lah. Tapi hari ni kami pilih ayam sederhana sahaja. Agaknya resepi diorang ni turun temurun dari Mak Jah kot. Ehehe. Here we are~






Next, kami teruskan perjalan. Alang-alang sebuah mall baru buka dekat area situ, kami pun meronda-ronda laa. Amanjaya Mall, merupakan sebuah mall yang baru beroperasi 20 hb 9 yang lepas. Interior design mall ni sangat cantik. Aku suka sangat. Tapi banyak kedai tak buka lagi. Yang boleh aku katakan Amanjaya Mall lebih selesa dan best daripada Central Square dan Village Mall. No wonder, orang ramai pergi kat sini. 

Pukul 6 petang kami keluar dari mall, dan menuju ke destinasi utama iaitu restoran Reez Buffet. Haaaaa! Inilah Puan Tuan Rohana mengidam sangat nak makan tu. Siap bawak dalam mimpi dia lagi tu. Haha. Reez Buffet ni restoran steambot yang berkonsepkan layan diri. Hanya bayar RM 23.90 untuk dewasa, RM 21.50 untuk pelajar. Untuk kanak-kanak aku tak ingat pulak berapa. Lepas tu korang nak makan banyak mana pun, makan laaa. Macam-macam jenis bahan-bahan steambot yang boleh jumpa kat sini. Aku nak cakap pun tak taw sebab banyak sangat. Dekat sini juga ada ais kacang yang boleh korang buat sendiri. Sangat awesome! Dan aku puji layanan dan servis pekerja dekat restoran ni. Sangat bagus dalam serve pelanggan. Interior restoran nie juga sangat bersih dan kemas. Paling penting, ada sediakan tempat solat. Okeyh, here we are again~






masak sendiri ye



Me and kak Qila



US: eh, tapi aku tak ada.
Si baju pink Puan Tuan Rohana
Sampai tak larat laa diorang ni makan. Haaa, mengidam sangat kan. Makan laa puas-puas. Ehehe. Satu pesanan dari pihak restoran, sekiranya ada lebihan makan a.k.a tak habis makan, pelanggan akan di caj RM 3.50 per 100 gram. Ini untuk memastikan pelanggan untuk tidak membazir. Bagus juga buat macam tu kan.  Overall, memang seronok makan dekat sini. 


Huhh, jam pun dah menunjukkan pukul 1.10 pagi, mata pun dah penat. Jadi cik tuan punya belog nak masuk tidur dulu yaa..

Assalamualaikum.
See next entry! 















Thursday 20 September 2012