Assalamualaikum.
Finally, alhamdulilah.
Berakhir sudah semester 4 Diploma Pengurusan Maklumat (IM) untuk sesi
Jun-Oktober 2012. Woww, rasa kejap sangat. Study 4 bulan jer? Haahh. Normal la
tu kot. But, thank to God, final exam pun dah lepas. Last payperr aku 15/10
yang lalu. Sebut pasal final exam, what the worst! Seriously, aku rasa sedih
gilaa dengan final exam semester kali ni. Kenapa? Kenapa? Dan kenapa? Format
soalan final exam kali ni totally berubah! Ergghhhh.. Ramai student
merungut+cakap soalan semester ni susah. Susah gila OK. Aku memang redha dengan
result yang bakal diterima nanti. Aku rasa final exam aku memang hancuss. Cuma
bergantung kepada carry mark sahaja la.
Okey, back to the topic,
entry kali ni untuk review assignments yang telah berjaya disettlekan. Semester
ni ada 6 subjek, dan jumlah assignment ada 12. Fuhhhh... Setiap subjek ada 2
assignment. Semester kali ni aku
jadi seorang yang multitasking person. Aku kena jadi seorang designer, arkitek,
technician computer dan company developer. Tapi untuk entry ni, tak semua
assignment aku akan review tapi cuma assigment yang aku rasa paling susah dan
mencabar. Kita bermula dengan subjek:
Digital Resources Centre
Group assignment untuk
subjek ni memerlukan student untuk buat proposal membangunkan sebuah pusat
maklumat digital. Oleh itu, group aku seramai 8 orang telah menubuhkan sebuah
Digital Resources Centre untuk sebuah sekolah cluster di Seri Manjung, Perak.
(Ini untuk tujuan akademik, bukan buat real). Maka terhasillah Seri Manjung Digital Resources Centre
(SMDRC). Semua aspek pembangunan SMDRC ini kita kena buat. Daripada
organisasi, bahan maklumat, pelan lantai, bajet kewangan sehingga lah kepada
perabot yang korang nak letak dalam bangunan tu. Lepas tu kena pulak buat satu
website/blog untuk mempromosikan SMDRC ni. Setelah bertungkus-lumus dengan ahli
kumpulan yang lain, siap jugak akhirnya kerja kami. Report untuk assignment ni
saja 60 muka surat. Perhhhh.. tak tahu la nak cakap macam mana punya tebalnya
report yang kami buat ni. Tapi hasilnya, kami mendapat highest marks dalam
kelas. Hew hew. 28 over 30. Berbaloi rasanya. Ini adalah antara hasil kerja
kami.
Exterior and interior plan: credit to Nafila Zahari |
Management of Record Centre
Assignment ni pun sama
macam DRC tu jugak. Kena buat proposal untuk bina syarikat penyimpanan rekod.
Semua aspek perlu diteliti. Pelan lantai, bajet, servis, fasiliti dan
macam-macam lagi. Tapi bagi aku, nak bina records centre ni lagi mencabar dari
DRC sebab banyak step kena buat. Memang kalau buat kerja last minit, mau jadi
blank otak tu. Untuk assignment ni, team member aku adalah kak Q, Aimi, Fila
dan aku. Nama syarikat kami adalah Orient
ReCo Records Centre. Kami menawarkan servis penyimpanan rekod kepada
syarikat-syarikat pembinaan sekitar wilayah utara iaitu di negeri Perak, Pulau
Pinang dan Kedah. Lebih kurang 60 muka surat jugak untuk proposal ni. Serius
aku cakap, naik semester 4 dan ke atas, report yang kena buat makin tebal dan
menebal. Kami juga buat model interior dan exterior untuk Orient ReCo. Miss Ayu
(lecturer subjek ni) akan bagi extra marks kalau ada group yang buat something
yang different from others group. So, we decide to the model. Seharian jugak la
mengadap benda alah ni. Tapi memang enjoy.
My group |
Model bangunan |
Okey, subjek ni tak ada
final. Subjek ni memang memerlukan kepakaran korang dalam bidang komputer. Bagi
lelaki, mungkin subjek ni favorite diorang sebab diorang kan suka bab-bab
komputer ni. Dan mostly bagi perempuan, diorang paling tak suka subjek ni sebab
terlalu komplikated. Group aku dapat topik “User Programmer”. Aku dah
la lemah bab programming bagai nih. Nasib baik ada sikit ilmu programming masa
study dekat PSIS dulu. Kami kena bukak kedai komputer. So, kami decide untuk
namakan kedai itu sebagai Syntax Master
Enterprise. Masa final projek presentation, tak tau laa nak cakap macam
mana. Dapat pulak Sir Sufi jadi panel. Memang rentung presentation. "Kenapa awak
rasa s/ware & h/ware ni sesuai untuk programmer?", "Bajet satu set komputer tu
berbaloi ke?" Kenapa macam tu? Kenapa macam ni? (antara ayat Sir Sufi, tapi
dalam English la). Mau ternganga jawab tau. Moral of the story, korang study
dan buat betul-betul assignment ni. Jangan pakai main letak je s/ware, h/ware
dan semua-semua tu tapi tak tahu function, features dengan compatibility dia.
Report |
Electronic Publishing
Electronic Publishing is
the challenging and sardistic subject. Subjek ni kena pro dan master dalam 3
software utama iaitu Adobe Photoshope, Adobe Illustrator dan Adobe InDesign. Individual assignment, kami diberi tugasan
untuk menghasilkan kad dan poster hasil kreativiti sendiri. Untuk group
assignment, En.Mahadi, iaitu lecturer subjek ini telah memberi tugasan untuk
create majalah/ e-book. Aku, Ruby, Kak Q satu group telah decide untuk hasilkan
majalah berkaitan tudung atau hijab. Ala-ala Hijabista gitu. Akan tetapi, majalah
kami diberi nama In-Hijab:Courteous-Style-Trendy.
Pembikinan majalah ini sangat-sangatlah sukar bagi bebudak IM ni. Memang mencabar
jiwa raga. Tapi bila dah siap, rasa bahagia dan puas hati sesangat. Satu kelas
telah di'warning' oleh En. Mahadi untuk tidak copy gambar daripada internet.
DILARANG sama sekali. Kalau nak kena hambur dengan dia, cuba
laa buat.
Oleh kerana perkara ini
amat menakutkan kami sekelas, alternatif lain adalah dengan capture gambar guna
kamera sendiri. Nasib baiklah Kak Q pinjam kamera adik dia. Kak Q jadi model
dan aku photographer (teringat dekat si dia). So, gambar dalam majalah kami
TOTALLY 100% gambar kamera. Even gambar dalam majalah rujukan pun kami capture guna kamera. Kami tidur pukul 5.00 pagi setiap hari kerana nak menyiapkan majalah yang setebal 36 muka surat. Bila dah siap, nak pergi print satu hal.
Printer dekat library pulak buat hal. Arhhhh, sadis lagi. Terpaksa laa kami
print dekat kedai luar. Harga mahal sikit, tapi demi markah sanggup kami
berhabis duit. Dah settle print, presentation pulak. Whole day aku tak makan. Ada
jugak classmates yang cuak sampai rasa nak muntah. Hehe. Sebenarnya kami cuak
tahap maksima sebab panel semua senior lecturer dan jenis yang suka menguji
student. Mana laa tak getaq bebudak kelas aku. Kami group second last present. Alhamdulilah,
panel semua baik hati dan memuji hasil kerja kami. Walaupun ada sedikit
masalah. Rasa macam nak terbang je bila panel cakap “You’re are totally a
designer.” Ini adalah hasil kerja kami:
InDesign |
Overview In-Hijab |
Satu yang dapat aku simpulkan, budak IM memang
banyak assignment.
Akhirnya, aku telah
berjaya mengharungi semester 4. Rasa terlalu kejap. Semester depan dah part 5.
Final semester. Hopefully dapat result yang baik. Untuk semester ni, nak target
DL sekali lagi rasa tak berani. Tapi harap sangat dapat. Doakan aku yaa. Semoga
kawan-kawan jugak dapat result yang baik. Amin.
tahniah...alhamdulillah..da selesai..kami ni tengah duk pening kepala buat report final project design pulak tu..aduhai...dengan assignment nyer, quiz online nyer...banyak sangat...oke...doa an kami..insyaallah....
ReplyDeletetq..gud luck ye jue.. insyallah, msti kalian boleh buat.. :)
ReplyDeleterasa macam nak beli jer magazine yg akma buat nie. Akma jual x??
ReplyDeletehaha.. diha nie.. mane ade jual la. soft copy ade la. nnti print sndiri ye. heheh..
ReplyDelete