Assalamualaikum.
Wahh,
dah lama rasa nya tak update belog ni. Sibuk dengan final projek yang
berlambak. Sampai tak cukup kaki, tangan nak buat. Sampai tak tidur malam nak
siapkan. Semenjak dua menjak ni, mata aku boleh tahan sampai pukul 5 pagi..
Erghhh, itu pun sebab assignment yang nak kena submit esok pagi tu. Satu hal
yang aku pelik, even kita dah buat kerja awal-awal pun, tapi hasilnya, mesti
ada juga kerja last minit. Haha. Itu yang terjadi pada aku. Mungkin sebab kerja
yang terakhir tu yang memuaskan hati kot.
Untuk
perjalanan hidup September, banyak tugasan-tugasan sebagai seorang pelajar yang
WAJIB aku disiapkan. Bukan lagi sunat. 4 presentation telah berjaya disettle
kan dalam masa seminggu setengah. Pasal assignment semester 4 ni, aku
akan buat entri lain masa cuti semester nanti. Just wait ok. Bulan
September ni juga menyaksikan peristiwa yang amat menduka citakan hati aku. Nak
cerita kat sini, memang tak boleh. Oleh itu, pendam laa dalam hati.. Hua Hua..
Actually,
25 hb 9 yang beberapa minit telah berlalu tadi, aku dan teman-teman pergi
jalan-jalan cari makan. Haha. Sebenarnya kami cuma makan besar sedikit hari ni.
Gara-gara "Mem Besar" - Puan Tuan Rohana nak sangat (mengidam) makan
something. Dia dah siap planning seminggu awal untuk keluar hari ni. So, lepas
test DRC tengah hari tadi, kami pun berangkat menuju ke tempat kereta sewa
depan UiTM ni dan sewa 2 buah kereta. Lepas tu round CS sekejap dan stop dekat
Lagenda Heights.
Okay
u alls, kedai makan pilihan kita yang pertama adalah Selera Warisan Mak Jah.
Menu paling famous dekat sini adalah set Nasi dan Ayam Goreng Jumbo atau set
Nasi dan Ikan Bawal Goreng Jumbo atau set Nasi dan Burung Puyuh Goreng Jumbo.
Hanya RM 7.50 sahaja. Menu terdiri daripada nasi putih, ulam-ulam, sambal
belacan, kuah kari dan ayam/bawal/burung puyuh goreng. Aku sendiri dah kali
ketiga datang kedai ni. Hari ni datang makan sini sebab nak bawak Aimi, Fila
dengan Ezza makan dekat sini. Walaupun menu dia simple, tapi rasa kombinasi
dari makanan-makanan ni teramat laa sedap. Seriusly, ayam goreng dengan sambal
belacan sangat sedap. Kalau korang makan, nasi akan habis dulu daripada
ayam/ikan bawal. Sebab ayam/ikan bawal memang saiz Jumbo lah. Tapi hari ni kami pilih ayam sederhana sahaja. Agaknya resepi
diorang ni turun temurun dari Mak Jah kot. Ehehe. Here we are~
Next,
kami teruskan perjalan. Alang-alang sebuah mall baru buka dekat area situ, kami
pun meronda-ronda laa. Amanjaya Mall, merupakan sebuah mall yang baru
beroperasi 20 hb 9 yang lepas. Interior design mall ni sangat cantik. Aku suka
sangat. Tapi banyak kedai tak buka lagi. Yang boleh aku katakan Amanjaya Mall
lebih selesa dan best daripada Central Square dan Village Mall. No wonder,
orang ramai pergi kat sini.
Pukul
6 petang kami keluar dari mall, dan menuju ke destinasi utama iaitu restoran
Reez Buffet. Haaaaa! Inilah Puan Tuan Rohana mengidam sangat nak makan tu. Siap
bawak dalam mimpi dia lagi tu. Haha. Reez Buffet ni restoran steambot yang
berkonsepkan layan diri. Hanya bayar RM 23.90 untuk dewasa, RM 21.50 untuk
pelajar. Untuk kanak-kanak aku tak ingat pulak berapa. Lepas tu korang nak
makan banyak mana pun, makan laaa. Macam-macam jenis bahan-bahan steambot yang
boleh jumpa kat sini. Aku nak cakap pun tak taw sebab banyak sangat. Dekat sini
juga ada ais kacang yang boleh korang buat sendiri. Sangat awesome! Dan aku
puji layanan dan servis pekerja dekat restoran ni. Sangat bagus dalam serve
pelanggan. Interior restoran nie juga sangat bersih dan kemas. Paling penting,
ada sediakan tempat solat. Okeyh, here we are again~
masak sendiri ye |
Me and kak Qila |
US: eh, tapi aku tak ada. |
Si baju pink Puan Tuan Rohana |
Sampai
tak larat laa diorang ni makan. Haaa, mengidam sangat kan. Makan laa puas-puas.
Ehehe. Satu pesanan dari pihak restoran, sekiranya ada lebihan makan a.k.a tak
habis makan, pelanggan akan di caj RM 3.50 per 100 gram. Ini untuk memastikan
pelanggan untuk tidak membazir. Bagus juga buat macam tu kan. Overall,
memang seronok makan dekat sini.
Huhh, jam pun dah menunjukkan pukul 1.10 pagi, mata pun dah penat. Jadi cik tuan punya belog nak masuk tidur dulu yaa..
Assalamualaikum.
Assalamualaikum.
See next entry!
No comments:
Post a Comment