Friday 4 May 2012

Emosi


Assalamualaikum.

Jam sekarang menunjukkan pukul 1.52 pagi. Aku tak mampu untuk tidur lagi pada waktu ini. Lagu Bila Rindu-Ruffedge ku putarkan berulang kali di corong headphone aku. Arghhh! Terasa rindu. Tapi rindu yang sudah tak bermakna lagi. Selama 3 bulan nie, aku menghadapi hidup bersendirian. Walaupun ada keluarga yang menemani. Handphone aku, senyap. Tiada kedengaran bunyi mesej atau call. Kalau topup RM 5, boleh tahan untuk 2 minggu. Begitulah aku. Yang menjalani hari-hari sepi. Bertemankan aksara-aksara di alam maya ini. 

Namun, malam tadi, aku menerima panggilan dari seorang sahabat. Sahabat yang aku sayangi. Katanya, dia merasakan aku orang yang paling sesuai untuk berkongsi cerita. Aku hargai itu. Dan, dia meluahkan perasaan sedihnya pada aku. Walaupun sedikit sebanyak ianya rahasia, aku cuba memahami. Memberi nasihat sebaik mungkin. Menabur semangat agar dia mampu menyelesaikan masalahnya. Aku tahu, dia amat sayang aku sebagai kawannya. Dari nada suaranya, aku tahu ada sesuatu. Lalu, dia meleraikan apa yang terbuku di hatinya sejak dulu. Aku cuba memahami sekali lagi. Kerana masa dan keadaan, aku terima takdir yang telah ditetapkan. Sesuatu yang telah ku agak dari dulu. Tetapi, hati.... Tidak boleh dipaksa. Dan dia, amat memahami. Terima kasih kawan. Ku doakan yang terbaik untuk kamu. 

No comments:

Post a Comment