Sunday 16 October 2011

Permulaan pertama...

Assalamualaikum....first think first...percubaan pertama membuat blog untuk diri sendiri...akhirnya berjaya..dah lama nak membuat blog, tapi cuma tak cukup ilmu pengetahuan...konklusinya, jangan mudah mengalah dan teruskan belajar.. Alhamdulilah, ini post pertama yang wujud dalam blog ini...InsyaAllah akan di"update" dari masa ke semasa..blog ini sekadar mencoretkan perjalanan seorang gadis dalam hidup...

Sedikit fakta mengenai diriku... Mazatulakmar binti Junos nama diberi...asal dari Perak..anak jati negeri Perak ni... sekarang merupakan pelajar semester 2 Diploma in Information Management di UiTM Merbok, Kedah...mempunyai 6 orang adik-beradik...dan aku anak bongsu..tapi, betulkan stigma anda jika anda berfikir aku seorang yang manja...ramai yang menganggap bahawa anak bongsu seorang yang manja..tapi aku..aku seorang yang biasa-biasa dan tak manja mana pun...tambahan pula aku lahir hujung tahun..mostly, kawan-kawan aku cakap aku berfikir matang berbanding umur aku...betul atau tak, bergantung kepada orang menilai diri aku...

Kenapa aku pilih title 'life is about decision, so choose it well'? sebabnya ayat ni memang berlaku dalam kehidupan kita seharian...setiap apa yang kita lakukan memerlukan kita membuat keputusan...contohnya, sebelum nak keluar pergi makan, mesti kita tanya pada diri sendiri nak makan dekat mana? nak makan apa?..
sebelum nak keluar dengan kawan, mesti fikir dulu nak pakai baju warna apa? hijau atau ungu?
sebelum nak selesaikan masalah, mesti pilih jalan yang terbaik...kesimpulannya, apa sahaja yang kita buat, berkaitan dengan keputusan yang bakal kita ambil...jadi, kita mesti memilih dengan baik supaya apa yang kita lakukan sempurna dan selesa..

No comments:

Post a Comment