Assalamualaikum tahun baru 2014.
Sebenarnya sekarang dah sebulan aku cuti semester. Baru sekarang terasa nak
update blog. Bukan tak ada masa sebelum ni, tapi kalau ada masa pun dok melayan
Runningman sensorang. Seperti tajuk dekat atas, terbuka pulak hati aku nak
cerita pasal diri sendiri. Hikss. Dah lama nak tulis, tapi asyik pendam je. Haha.
Ok. First of all, aku anak jati
Perak. Aku dilahirkan di Hospital Teluk Intan dan dibesarkan di Perak. Mak dan
abah pun asal Perak, kampung sebelah-sebelah je. Pokok pangkalnye, teman ni memang
pure Perak le kome. Haha. Sekarang aku menetap di F40, Kampung Pasir Kubu,
36800 Kampung Gajah, Perak. Nah, amik! Alamat surat menyurat aku bagi. Haha. Walaubagaimanapun,
aku sekarang berulang-alik dari Sungai Petani, Kedah dek kerana menuntut ilmu
di UiTM Merbok kat utara nun. Pheww. 5 jam dalam bas habiskan masa dengan tido.
Mengikut alamat penuh tadi,
tertera ‘kampung’. Yes. Kampung. Aku memang anak kampung. Siapa-siapa pernah
sampai Kompleks Sejarah Pasir Salak, dekat-dekat situ la rumah aku. Abah bekas
tentera, lepas pencen abah balik kampung kami usahakan kebun kelapa sawit dan
durian. Adalah dalam 2,3 kebun sawit abah. Kalau musim durian, memang tak
terkata ‘heaven’ dengan durian. Abah memang suka berkebun. Alhamdulilah, dengan
hasil kebun-kebun inilah abah sekolahkan aku sampai aku masuk universiti.
Percaya atau tak, aku pun dah
biasa berkebun dengan abah. Yes, memang aku perempuan, tapi bagi kami orang
kampung, perempuan pun ikut lelaki berkebun tau. Dari aku sekolah rendah lagi,
abah dah ajak aku kutip limau dekat kebun. Masuk sekolah menengah, abah ajak
aku kutip buah kelapa sawit yang beratnya tak tahu la nak cakap macam mana. Punya
berat. Pacat tu dah jadi perkara biasa. Tapi still aku benci pacat. Haha. Kalau
cuti semester pula, aku tolong abah membaja pokok sawit. Aku bawa traktor. Ok,
tak percaya? Percayalah. Tapi traktor comel je. Aku lagi expert bawa traktor
dari kereta. Haha.
Dan abah suka ajak aku pergi ‘karen’
ikan dekat tali air. ‘Karen’ tu istilah untuk tangkap ikan guna alat yang
memerlukan cas eletrik. Ikan akan pengsan kalau kena ‘karen’. Bila ikan
pengsan, aku pegang ikan tu masuk dalam baldi. Haha. Kesian dia. Selalunya dapat
ikan haruan, sepat dengan keli. Sangat sedap kalau buat gulai tempoyak. Abah
juga selalu buat pembinaan. Rumah yang kami duduk sekarang 70% abah dengan mak
buat sendiri. Aku pun selalu kena suruh dengan abah angkat bata, bancuh simen,
macam-macam lagi lah. Sebab tu tangan aku lebih kasar dari tangan wanita-wanita
lain dekat luar sana. Hikss. Adik beradik aku telah diajar oleh mak dan abah
untuk tahu erti susah payah. Kalau korang tak pernah buat kerja-kerja macam ni,
korang sangat beruntung sebab tak perlu penat dan korang sangat rugi sebab tak
pernah ada pengalaman susah.
Anak kampung macam aku, kena
rajin belajar supaya boleh balas jasa mak abah. Alhamdulilah, aku syukur
sangat-sangat dapat anugerah naib canselor diploma. Sekurang-kurangnya aku
dapat gembira hati mak abah. Kalau baca cerita ni, mesti ingat macam keluarga
aku macam orang susah. Tapi tak adalah sesusah orang-orang yang lebih susah. Kami
keluarga sederhana. Kesusahan mengajar kami erti hidup bersederhana. Sampai sini saja entry untuk
kali ini. Tak lama lagi result pertama untuk degree akan keluar. Mohon untuk
doakan aku. Terima kasih. :)
![]() |
Home Sweet Home |
No comments:
Post a Comment