Assalamualaikum.
Alhamdulilah syukur ya Allah, akhirnya aku telah
menamatkan pengajian sepanjang 2 tahun setengah dalam Diploma Pengurusan
Maklumat di UiTM Kedah. Pejam celik, pejam celik tak sangka dah tamat
pengajian. “Hari ini saya bebas dari segala-galanya,”. Pinjam ayat Johan kejap.
Hee. Entry kali ini nak review assignment sepanjang bergelar
‘final year student’. Secara jujurnya,
assignment untuk pelajar IM memang banyak setiap semester. Tak tipu. Aku dah
merasai semua itu. Dan wajarkan kalau hipotesis aku diterima. Setelah ditambah,
tolak, darab dan bahagi, kesemua assignment part 5 adalah dalam 10. Dan semua
assignment ada presentation kecuali untuk subjek Cataloging. Subjek untuk
silibus part 5 adalah:
IMD301 -
Introduction to Cataloging
IMD302 - Foundation of Archives
IMD306 - Management of
Libraries and Resource Center
IMD307 - Reference and
Information Services for Information Agencies
IMD308 - Extension Services
for Information Agencies
ENT300 - Fundamentals of Entrepreneurship
ENT300 - Fundamentals of Entrepreneurship
Assigment part 5 jauh berbeza dari part 4 dulu. Tugasan
kali ini lebih berbentuk ilmiah dan lebih banyak memerlukan penjanaa idea
mengarang yang sangat superb. Tapi aku pilih beberapa subjek yang
agak core sahaja untuk dikongsikan.
IMD 301
Subjek ini lebih kepada teknikal di mana teknik mengingat
dan menulis ‘descriptive cataloging’ diaplikasikan. Every single thing need to
be concern even just FULLSTOP. Kalau hilang satu punctuation, hilang juga lah
markah. Cataloging tu adalah benda ini:
IMD 302
Kalau masa part 4, pelajar didedahkan dengan records
center, kali ni untuk part 5 akan dikenalkan pula dengan kewujudan arkib.
Segala pasal arkib kena tahu termasuklah Akta Arkib Malaysia, tugas-tugas
archivist, ethic professionals, bla bla bla.. Assignment macam biasalah ada
individu dan group. Untuk individu kena buat term paper. Nak buat term paper ni
kena ada atleast 7 sumber dan artikel yang mempunyai authority. Then, comprise
all articles in one term paper. Gunalah segala macam kehebatan anda untuk
menggoreng ayat dan paraphase. No copy and paste. Kalau nak guna ayat si
penulis asal, kena bagi credit dekat dia. I mean, buat in-text citation.
Sejujurnya, memang nak muntah baca artikel yang berbelas-belas muka surat.
Kalau rasa dah siap dan puas hati, bagi lecturer tengok dulu. Jangan menonong
je nak hantar. Mana la ta taw kot ada yang silap.
ENT 300
Fundamentals of Entrepreneurship. Entah aku tak tahu
kenapa, tapi aku memang ada masalah nak eja perkataan Entrepreneurship
ni. Subjek ini lebih
kepada business. Dan aku tak suka business. Memang tak suka. Tapi, demi
masa depan ku turutkan juga. Heh. Part yang paling hadcore
sekali apabila kita kena set up sebuah company sama ada berlandaskan
produk
atau servis. Lecturer yang ajar subjek ni nak sesuatu business yang ada
WOW
effect + INNOVATION. Better sesiapa yang ambil subjek ni dah boleh mula
fikir
business apa yang korang nak buat. Sebab business tak boleh sama dengan
group
lain. Dan penyediaan kertas kerja perlu mula dari awal.
Tak tidur malam nak siapkan kertas kerja dan material
untuk present tu memang wajib. Kertas kerja sangat tebal. Tak tipu okey. Group
aku buat servis ‘home library cafe’. Aku pun tak tahu la ada inovasi ke tak
servis ni. Then, kertas kerja tu akan dibentangkan dalam even Rancangan
Perniagaan: VIVA yang turut disertai oleh berpuluh-puluh kumpulan lain. Masa
viva time aku saja hari tu, dekat 150 group kot. Alhamdulilah, group aku dapat
tempat ke-3 dari semua group. Dapat lah juga habuan RM100. Hehe. Presentation
ada 2 sesi. Sesi pertama dengan evaluator yang menilai proposal. Sesi kedua ada
special evaluator yang akan menilai proposal untuk pertandingan. Lepas habis
present rasa lega sangat. Nah, ada sikit gambar sepanjang viva.
Bookworm House booth |
Banner tu I yang design ok sebab I sebagai Marketing Manager. (bangga diri kejap) haha. |
Bersama evaluator pertama: Miss Faryna yang comel |
Group member: Secret Joy Wantan |
Booth Karipap Podey. Seriusly karipap ni sedap gile sebab besar dan ada 3 flavor |
Itulah sedikit sebanyak review pasal assignment part 5. Untuk
subjek lain, sama juga susahnya. Terutama untuk subjek Reference Service.
Serius, final exam paper Reference Service sangat membunuh. Aku harap sangat
lulus subjek tu. Dengar cerita awal Mei nanti result keluar. Doakan aku yaa.
Okey, see next entry.
aahkan klu uitm mmg sllu ada subjek ent ni..
ReplyDeleteklu x keberatan boleh share x projek paper awak tu.. boleh sy jdkn panduan utk subjek sy nnt..