Assalamualaikum.
Bulan yang sangat sibuk! Dan bulan-bulan yang bakal mendatang akan
lebih sibuk. 2 bulan sahaja semester terakhir ini akan tamat. Terlalu cepat
kan? Assignment yang datang bertimbun-bertindih-berterabur dan segala macam ‘ber’
lagi. Perasaan putus asa itu selalu sahaja muncul dalam diri. Tapi, kuatkan
hati. Perjalanan nak kejar title “Master” masih jauh.
2 bulan pertama kuliah, 2 research luar daerah kena buat untuk
subjek Foundation of Archive. First research dekat negeri kelahiran sendiri
iaitu Perak. Kami dikehendaki melakukan kajian terhadap pengurusan arkib negeri.
Second research lebih kepada akademik trip dengan semua classmates. Selepas trip
kena buat research report yang mewakili 10%
carrymark. Akademik trip yang berjalan selama 3 hari 2 malam sangat memberi
input yang berguna.
Antara tempat-tempat yang dilawati adalah:
PETRONAS Resource Centre (Menara KLCC-Tingkat 4)
PRC merupakan resource centre paling hebat aku pernah pergi. Interior design yang sangat kreatif dan memberi kesan yang sangat menakjubkan.
Skybridge KLCC (Menara KLCC-Tingkat 42)
Sangat bertuah kerana kami merupakan batch Diploma IM pertama yang
jejakkan kaki di sini. Pengalaman yang sangat teruja dan takkan dilupakan.
Pertama kali aku melawat arkib. Memang terasa ‘valuable’ kalau datang
dekat sini sebab banyak peristiwa penting negara dicatat dekat arkib. Kami
didedahkan dengan langkah-langkah pemeliharaan dan pemuliharaan dokumen yang
berusia lebih 50 tahun yang lalu.
Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS)
Bukan student IM kalau tak jejakkan kaki dekat sini. PPAS selalu
dijadikan rujukan sebagai perpustakaan contoh dalam setiap subjek IM. PPAS merupakan
perpustakaan yang sangat kondusif, mesra alam dan sangat cantik! Menurut
pensyarah aku Miss Ayu, Sultan Selangor telah menghadiahkan sebidang tanah untuk
dibangunkan menjadi perpustakaan kerana cinta baginda terhadap budaya membaca.
Lalu, wujudlah PPAS ni. Wahh, sangat impressive kan?
Maka berakhirlah akademik trip 3 hari 2 malam. Terima kasih
diucapkan kepada Miss Ayu dan Madam Hasniza yang sudi menjadi pensyarah
pengiring dan sabar dengan pelbagai kerenah kami. Pengalaman manis dan pahit
sepanjang trip ini akan diabadikan dalam ingatan aku sampai bila-bila.
No comments:
Post a Comment