Assalamulaikum.
Alhamdulilah. Bertemu kembali dalam entri yang seterusnya. Disaat entri
ini ditaip, aku berada di bumi Kedah. Yup di Merbok, Kedah. Kali ini aku berstatus pelajar
semester akhir Diploma Pengurusan Maklumat (IM 110). Sedar tak sedar, sudah 2 tahun aku di UiTM Kedah. 2 minggu kuliah
bermula, aku bertemu kembali teman-teman seperjuangan.
Apa yang dapat aku amati,
teman-teman seperjuangan aku semakin berkurangan. Aku tak tahu kenapa. Tapi
terasa amat sedih kerana tidak dapat kita tempuhi perjuangan ini bersama.
Mungkin Allah telah tetapkan hala tuju setiap manusia. Walau apa pun, aku
berdoa untuk kejayaan teman-teman.
Permulaa semester baru, aku dapat berita yang amat menggembirakan. Pn.
Tuan Rohana a.k.a Ruby iaitu housemate aku akan jadi seorang ibu. Oh my!
Sangat-sangat excited. Tahniah Ruby!
And then, cuti pertengahan semester ni 2 orang classmate aku bakal
menjadi isteri orang. Kepada Nur Nabilah dan Ain, semoga kalian menjadi isteri
yang baik, taat kepada suami dan solehah. Jodoh kalian telah tiba pada
waktunya. Tahniah yaa!
Apa yang aku harapkan di semester terakhir ni, kami satu kelas KIM 110
5A dapat menamatkan pengajian diploma dengan jayanya. Aku berazam untuk capai
DL untuk semester terakhir ni. InsyaAllah, jika diberi rezeki, aku mengimpikan
title “Anugerah Naib Canselor”. Doakan aku yaa. Amin..
Selamanya IM 110 |
Best friends forever |
No comments:
Post a Comment