Saturday, 16 June 2012

Dia dan PLKN

Assalamualaikum.

Hari ni first time aku sampai Kulim, Kedah. Wahh, teruja. Haha. Actually teman my best friend Myraa Azmie jumpa BF dia, Fitri dekat Kem PLKN Bukit Besar, Kulim. Pertama kali juga masuk dalam kem PLKN. So, aku kena sedar bahawa aku sudah menjangkau usia 20 tahun sedangkan wira-wirawati negara tu baru 18 tahun. Adek-adek lagi. Umur BF Myraa 20 tahun okey, dia tangguh PLKN sebab tu lambat masuk. 


Peace! Eh, lawa laa pulak gmbar ni.  

Muka bahagia dapat makan durian.

Fitri dan Myraa. Sweet laa diorang. Jeles aku. Hehe.

Tengah diorang berdua syok-syok bersembang, fikiran aku menerawang jauh, teringat pada si dia. Dia pun pernah menyertai PLKN dekat Kedah. Melihat wira-wirawati tu pakai baju celoreng dan kemeja berwarna biru, aku membayangkan si dia memakai baju yang sama. Teringat masa dulu, masa dia dekat kem, seminggu sekali dapat contact. Selalu aku yang call dia. Sebab dia susah nak topup. Masa tu kalau call mesti lebih kurang 15 minit je. Bersamaan dengan RM3. Aku topup pun bukan banyak sangat. Kalau dapat call, ada je benda yang dia buat aku tergelak. 

Masa tu risau dia tak dapat adapt duduk kat sana. Alaa, tapi dia lelaki kan, apa pun boleh. Sampai hari last dia kat sana, hari result SPM diumumkan. Aku ingat lagi, dia call aku hari tu. Dia tanya result SPM aku macam mana. Aku cakap, teka laa. Tak sangka, dia dapat teka. Betul pulak tu result yang aku dapat. Lepas tu dia dapat masuk matrikulasi. Aku dapat tawaran politeknik. Kata orang, kalau berjauhan banyak dugaan. Macam itulah kami. Suka, duka makin jarang dikongsi bersama.   


Harus ku akui, sampai detik ini takkan ku lupa kisah kita.
Sekarang semua berbeza. Arhhh, touching kejap. 












No comments:

Post a Comment