Monday 22 July 2013

New beginning : Degree IM224



Assalamualaikum. 


Berminggu-minggu berdebar tunggu keputusan penerapan ke ijazah sarjana muda. Akhirnya 19 Julai lepas, keputusan diumumkan. Alhamdulilah, dapat juga aku bergelar pelajar ijazah. InsyaAllah. Sekali lagi aku dihantar ke Merbok, Kedah tapi kali ini dalam bidang pengajian yang berbeza. 


Nampaknya Merbok masih sayang aku. Hehe. Best friends Aimi, Eza dan Fila juga dapat tempat yang sama. Tak lupa juga best friends dari sekolah lagi Mamat Izwan pun dapat tempat yang sama tapi dalam bidang finance, Cik Azlin dan Cik Ina dua-dua dapat dekat Shah Alam juga. Nanti confirm diorang balik kampung sekali.  Tahniah yaa kalian! Tapi yang sedih, partner gosip-gosip, teman rapat masa diploma Kak Qila, dapat UiTM Puncak Perdana, Shah Alam.  Mama Ruby Rohana dapat Machang, Kelantan dan adik manis Cik Fara Lin juga di Puncak. Berpisah jua kita. Sedih kita tak dapat bersama kali ini. Diharap kalian tetap tak lupa kami di Merbok. Aku doakan kalian berjaya sampai ke peringkat seterusnya. 

Kawan-kawan se`batch’ pula ramai juga di Shah Alam, Merbok dan Machang.  Rasanya cuma tak sampai 10 orang classmates stay di Kedah. Hopefully classmates baru masa ijazah nanti semua baik, best, happy dan enjoy. Dan hopefully ada juga ‘kawan baru’ yang muncul. Doakan yang terbaik untuk sesi kali ini. Amin..















No comments:

Post a Comment