Friday 19 October 2012

End of Chapter 4: Review Assignments




Assalamualaikum.

Finally, alhamdulilah. Berakhir sudah semester 4 Diploma Pengurusan Maklumat (IM) untuk sesi Jun-Oktober 2012. Woww, rasa kejap sangat. Study 4 bulan jer? Haahh. Normal la tu kot. But, thank to God, final exam pun dah lepas. Last payperr aku 15/10 yang lalu. Sebut pasal final exam, what the worst! Seriously, aku rasa sedih gilaa dengan final exam semester kali ni. Kenapa? Kenapa? Dan kenapa? Format soalan final exam kali ni totally berubah! Ergghhhh.. Ramai student merungut+cakap soalan semester ni susah. Susah gila OK. Aku memang redha dengan result yang bakal diterima nanti. Aku rasa final exam aku memang hancuss. Cuma bergantung kepada carry mark sahaja la. 

Okey, back to the topic, entry kali ni untuk review assignments yang telah berjaya disettlekan. Semester ni ada 6 subjek, dan jumlah assignment ada 12. Fuhhhh... Setiap subjek ada 2 assignment. Semester kali ni aku jadi seorang yang multitasking person. Aku kena jadi seorang designer, arkitek, technician computer dan company developer. Tapi untuk entry ni, tak semua assignment aku akan review tapi cuma assigment yang aku rasa paling susah dan mencabar. Kita bermula dengan subjek:


Digital Resources Centre
Group assignment untuk subjek ni memerlukan student untuk buat proposal membangunkan sebuah pusat maklumat digital. Oleh itu, group aku seramai 8 orang telah menubuhkan sebuah Digital Resources Centre untuk sebuah sekolah cluster di Seri Manjung, Perak. (Ini untuk tujuan akademik, bukan buat real). Maka terhasillah Seri Manjung Digital Resources Centre (SMDRC). Semua aspek pembangunan SMDRC ini kita kena buat. Daripada organisasi, bahan maklumat, pelan lantai, bajet kewangan sehingga lah kepada perabot yang korang nak letak dalam bangunan tu. Lepas tu kena pulak buat satu website/blog untuk mempromosikan SMDRC ni. Setelah bertungkus-lumus dengan ahli kumpulan yang lain, siap jugak akhirnya kerja kami. Report untuk assignment ni saja 60 muka surat. Perhhhh.. tak tahu la nak cakap macam mana punya tebalnya report yang kami buat ni. Tapi hasilnya, kami mendapat highest marks dalam kelas. Hew hew. 28 over 30. Berbaloi rasanya. Ini adalah antara hasil kerja kami.




Exterior and interior plan: credit to Nafila Zahari



Management of Record Centre
Assignment ni pun sama macam DRC tu jugak. Kena buat proposal untuk bina syarikat penyimpanan rekod. Semua aspek perlu diteliti. Pelan lantai, bajet, servis, fasiliti dan macam-macam lagi. Tapi bagi aku, nak bina records centre ni lagi mencabar dari DRC sebab banyak step kena buat. Memang kalau buat kerja last minit, mau jadi blank otak tu. Untuk assignment ni, team member aku adalah kak Q, Aimi, Fila dan aku. Nama syarikat kami adalah Orient ReCo Records Centre. Kami menawarkan servis penyimpanan rekod kepada syarikat-syarikat pembinaan sekitar wilayah utara iaitu di negeri Perak, Pulau Pinang dan Kedah. Lebih kurang 60 muka surat jugak untuk proposal ni. Serius aku cakap, naik semester 4 dan ke atas, report yang kena buat makin tebal dan menebal. Kami juga buat model interior dan exterior untuk Orient ReCo. Miss Ayu (lecturer subjek ni) akan bagi extra marks kalau ada group yang buat something yang different from others group. So, we decide to the model. Seharian jugak la mengadap benda alah ni. Tapi memang enjoy.


My group

Model bangunan


 PC Maintenance
Okey, subjek ni tak ada final. Subjek ni memang memerlukan kepakaran korang dalam bidang komputer. Bagi lelaki, mungkin subjek ni favorite diorang sebab diorang kan suka bab-bab komputer ni. Dan mostly bagi perempuan, diorang paling tak suka subjek ni sebab terlalu komplikated. Group aku dapat topik “User Programmer”. Aku dah la lemah bab programming bagai nih. Nasib baik ada sikit ilmu programming masa study dekat PSIS dulu. Kami kena bukak kedai komputer. So, kami decide untuk namakan kedai itu sebagai Syntax Master Enterprise. Masa final projek presentation, tak tau laa nak cakap macam mana. Dapat pulak Sir Sufi jadi panel. Memang rentung presentation. "Kenapa awak rasa s/ware & h/ware ni sesuai untuk programmer?", "Bajet satu set komputer tu berbaloi ke?" Kenapa macam tu? Kenapa macam ni? (antara ayat Sir Sufi, tapi dalam English la). Mau ternganga jawab tau. Moral of the story, korang study dan buat betul-betul assignment ni. Jangan pakai main letak je s/ware, h/ware dan semua-semua tu tapi tak tahu function, features dengan compatibility dia. 

Report


Electronic Publishing
Electronic Publishing is the challenging and sardistic subject. Subjek ni kena pro dan master dalam 3 software utama iaitu Adobe Photoshope, Adobe Illustrator dan Adobe InDesign.  Individual assignment, kami diberi tugasan untuk menghasilkan kad dan poster hasil kreativiti sendiri. Untuk group assignment, En.Mahadi, iaitu lecturer subjek ini telah memberi tugasan untuk create majalah/ e-book. Aku, Ruby, Kak Q satu group telah decide untuk hasilkan majalah berkaitan tudung atau hijab. Ala-ala Hijabista gitu. Akan tetapi, majalah kami diberi nama In-Hijab:Courteous-Style-Trendy. Pembikinan majalah ini sangat-sangatlah sukar bagi bebudak IM ni. Memang mencabar jiwa raga. Tapi bila dah siap, rasa bahagia dan puas hati sesangat. Satu kelas telah di'warning' oleh En. Mahadi untuk tidak copy gambar daripada internet. DILARANG sama sekali. Kalau nak kena hambur dengan dia, cuba laa buat.

Oleh kerana perkara ini amat menakutkan kami sekelas, alternatif lain adalah dengan capture gambar guna kamera sendiri. Nasib baiklah Kak Q pinjam kamera adik dia. Kak Q jadi model dan aku photographer (teringat dekat si dia). So, gambar dalam majalah kami TOTALLY 100% gambar kamera. Even gambar dalam majalah rujukan pun kami capture guna kamera. Kami tidur pukul 5.00 pagi setiap hari kerana nak menyiapkan majalah yang setebal 36 muka surat. Bila dah siap, nak pergi print satu hal. Printer dekat library pulak buat hal. Arhhhh, sadis lagi. Terpaksa laa kami print dekat kedai luar. Harga mahal sikit, tapi demi markah sanggup kami berhabis duit. Dah settle print, presentation pulak. Whole day aku tak makan. Ada jugak classmates yang cuak sampai rasa nak muntah. Hehe. Sebenarnya kami cuak tahap maksima sebab panel semua senior lecturer dan jenis yang suka menguji student. Mana laa tak getaq bebudak kelas aku. Kami group second last present. Alhamdulilah, panel semua baik hati dan memuji hasil kerja kami. Walaupun ada sedikit masalah. Rasa macam nak terbang je bila panel cakap “You’re are totally a designer.” Ini adalah hasil kerja kami:

InDesign
Overview In-Hijab






Satu yang dapat aku simpulkan, budak IM memang banyak assignment.

Akhirnya, aku telah berjaya mengharungi semester 4. Rasa terlalu kejap. Semester depan dah part 5. Final semester. Hopefully dapat result yang baik. Untuk semester ni, nak target DL sekali lagi rasa tak berani. Tapi harap sangat dapat. Doakan aku yaa. Semoga kawan-kawan jugak dapat result yang baik. Amin.












































4 comments:

  1. tahniah...alhamdulillah..da selesai..kami ni tengah duk pening kepala buat report final project design pulak tu..aduhai...dengan assignment nyer, quiz online nyer...banyak sangat...oke...doa an kami..insyaallah....

    ReplyDelete
  2. tq..gud luck ye jue.. insyallah, msti kalian boleh buat.. :)

    ReplyDelete
  3. rasa macam nak beli jer magazine yg akma buat nie. Akma jual x??

    ReplyDelete
  4. haha.. diha nie.. mane ade jual la. soft copy ade la. nnti print sndiri ye. heheh..

    ReplyDelete