Tuesday 21 August 2012

4 tahun yang lalu

Assalamualaikum.

2008, setiap kali tibanya Aidilfitri, mesti dia akan datang rumah aku. Selalunya raya ketiga. Tiap kali dia nak datang, mesti aku cuba prepare masakan yang terbaik dekat dia. Sebab aku masak untuk dia dengan sepenuh hati. Kata orang, kalau dah sayang...

2011, hari raya ketiga dia datang. Berbaju ungu dan jeans. Pukul 5.00 petang. Ya, aku ingati lagi hari itu. Dia minta aku masakkan ayam goreng. Jadi aku sediakan ayam goreng berempah untuk dia. Dan, hari tu juga dia pulangkan kembali mug tanda persahabatan kami. Mula-mula aku terkedu, fikir dia akan putuskan hubungan kami. Tapi, dia pulangkan mug tu sebab dia nak aku jaga mug tu  dengan baik. Tanda persahabatan kami. Entah kenapa, ayat-ayat yang dia ungkapkan masa tu buat aku betul-betul rasa terharu. Sungguh. Aku rasa sebak sangat masa tu. Janji kami, kalau tahun ni(2012) dia datang beraya lagi di rumah aku untuk kali kelima, kami akan celebrate bersama-sama. 

2012, tapi.. semuanya sudah berakhir sekarang. Memang susah untuk lupakan dia. Ingatkah dia dekat aku? Mungkin tidak.... Dia sudah berteman, mana mungkin dia ingat aku. Dia yang pertama, tapi mungkin bukan yang terakhir. Kenangan kita bersama, suka duka, sentiasa aku semat dihati.

22 Ogos 2012, lagi 4 bulan untuk aku menuju ke 20 tahun. Bila agaknya pengganti dia akan muncul? Hidup sendirian memang sunyi. Tak ada siapa ambil peduli. Kecuali keluarga. Kadang-kadang cemburu melihat rakan kawan yang dah berpunya. Tapi phobia pula tengok mereka bergaduh masa bercinta. 

Dikesempatan ini, aku nak ucapkan Tahniah kepada kawan aku, Tuan Rohana bt Tuan Mat dan pasangannya yang baru melansungkan perkahwinan kelmarin. Semoga masjid yang  dibina kekal sampai ke syurga. Tak lupa juga kepada Ain Cepet yang juga baru melangsungkan pertunangannya. Moga kekal sampai ke jinjang pelamin. 

Mereka berdua sahabat baik aku, yang sama umur dengan aku. Allah tentukan jodoh mereka datang awal. "Kun fayakun". Semoga hidup kalian penuh barakah.




















1 comment:

  1. insyaallah...
    mungkin akan yg ade lebih baek drpd si dia...

    ReplyDelete