Wednesday 4 July 2012

Memory of Jun

Assalamualaikum..

Memory of Jun. Ada beberapa peristiwa di bulan Jun yang memberi kenangan kepada aku. Bermula dari hujung Jun hingga ke awal Jun. 

Firstly, takziah serta Al-Fatihah aku sedekahkan kepada arwah sahabatku Suraya binti Harun. Arwah telah meninggalkan kami pada 30 Jun lalu kerana sesak nafas. Ya Allah, tidak ku sangka, terlalu cepat arwah meninggalkan kami. Wajahnya serta suaranya masih jelas aku ingati. Arwah merupakan junior satu semester aku. Tetapi kami sebaya. Arwah juga merangkap roomate Aimi(kawan baik aku) masa part 1. Dari situ aku mula mengenali arwah. Paling aku ingati, arwah pernah make-up kan aku untuk dinner part 1. Kami amat terasa kehilangannya. Tambahan pula, Aimi. Sukar untuk dia menerima pemergian ini. Aku tak berkesempatan lagi untuk mengunjung pusaranya. InsyaAllah, aku serta kawan-kawan lain akan datang melawat pusara mu sekiranya kami ada kelapangan. Semoga engkau tenang dan aman di sana. Al-Fatihah.. 

Secondly, seminggu yang lepas, aku dan kawan-kawan sempat meluangkan masa setengah hari berkelah di air terjun Titi Hayun dan air terjun Sri Perigi yang dalam movie "Cun" tu. Kami kumpul duit sama-sama, sewa 2 kereta dan beli ikan+sosej dan buat bbq. Nasi dan sayur semua kami masak sendiri. Sangat happening. Tapi gambar tak dan lagi nak copy dari Ezza.Balik tu kami singgah dekat Pantai Murni, makan cendol. Wah! Best sangat. Rupanya Kedah ni memang best untuk bercuti. Haha.  


Thirdly, 2 minggu yang lalu, aku menjalani LDK untuk Modul 4 semester ni. Modul kali nie sangat best berbanding masa part 2 dan 3 dulu. Sebab semester ni kami kena buat explorace. Hoho. Teruja. Dan paling aku tak sangka apabila dapat sama group dengan student yang pernah LDK sama dengan aku masa part 1. Student tu lelaki yaa. Nama dirahsiakan. Hehe. Macam-macam aktiviti yang kami buat. Create menara guna straw(tugas student grafik dengan industrial design), terapungkan jarum dalam air, teka lagu dan macam-macam lah. Overall, its really fun and memorable! Thanks to all Bananana Forteen members. Oppss, itu nama group aku. Hehe. Okey, see next entry! Wassalam.


























No comments:

Post a Comment