Assalamualaikum.
Happy Graduation Day to me! Mood konvokesyen masih terasa. Alhamdulilah, pada 11 November 2013 yang lepas telah berlangsungnya Istiadat Konvokesyen Kali Ke-79 di Dewan Agung Tuanku Canselor. Penganugerahan Diploma dan Ijazah Fakulti Pengurusan Maklumat diadakan pada sidang ke-4 sesi pagi. Memang sangat penat tapi seronok. Dapat jumpa kawan-kawan se’diploma’ walaupun tak sempat nak bergambar sama-sama. Bagi aku ini pertama kali menghadiri majlis graduasi untuk diri sendiri sebab masa tadika kecik-kecik dulu tak pernah pun pakai jubah graduasi ni. So, kali ni rasa excited lebih sikit. Hehe.
Terima kasih tidak terhingga kepada mak dan abah sebab
berhabis duit untuk biayai pengajian dekat universiti. Kepada siblings yang
sentiasa beri sokongan, pensyarah yang memberi tunjuk ajar dan ilmu serta rakan-rakan
sekelas, serumah, se’group assignment’. Alhamdulilah kita berjaya dapat skrol
Diploma. Kelukaan terasa masa tak dapat masuk universiti untuk
first intake dulu telah terubat dengan mendapat diploma dengan title “ANC”.
Kalau ingat lepas SPM yang lepas, frust gila menonggeng sebab tak dapat masuk universiti
cuma dapat sambung di politeknik. Alhamdulilah, semuanya ada hikmah bila dapat
kemasukan untuk intake kedua.
Apabila berada dalam DATC, memang terasa ada satu
aura. Majlis istiadat siap diiringi dengan bunyi nobat dan perarakan masuk
pedang. Seriusly, rasa macam zaman Kesultanan Melayu Melaka. Haha. Penerima
sijil memang ramai sampai beribu kot. Penerima Anugerah Naib Canselor dan
Ijazah Kelas pertama memang akan dapat tepukan gemuruh. Jom terjah
gambar-gambar konvo cik tuan punya blog:
![]() |
![]() |
Bergambar bersama Pro Canselor UiTM |
Akhir
kata, Happy Graduation Day to me again! Semoga perjalanan degree juga cemerlang
seperti diploma. Amin.