Assalamualaikum. Result semester 5 telah keluar. Syukur Ya Allah. Syukur
kepada-Mu. Akhirnya apa yang aku impikan
selama ini menjadi kenyataan akhirnya. Aku telah berjaya mendapat keputusan
yang paling bermakna sepanjang pengajian diploma. Anugerah Naib Canselor. Ya,
itu yang sangat aku desire. Dan note COMPLETE with ANC-Vice Chancellor Award
buat aku rasa sangat sebak. Sebenarnya first time jejak kaki dekat UiTM ni, tak
pernah terfikir langsung nak struggle untuk ANC. Tapi lepas 2 semester dapat
Dean List, tiba-tiba rasa nak kejar ANC tu. Dan aku rasa usaha aku tidaklah
ditahap maksimum, mungkin rezeki Allah nak bagi. Alhamdulilah.
Emak, Abah hadiah ini untuk kalian. Terima kasih atas pengorbanan untuk
anak bongsu ni. Bila ingat balik, abah dengan emak akan hantar dan ambil aku
setiap awal semester dan akhir semester dekat Kedah. Rasa sebak.
Khas buat para pensyarah IM UiTM Kedah yang pernah mengajar aku:
Miss Ayu, Madam Hasniza, Miss Khadijah, Miss Salasiah, Miss Shahira, Miss
Seri, Madam Azlina, En. Asmad, En.Azam, En. Firdaus, En.Mahadi, En. Rosli,
Dr.Asmad, En.Sufi terima kasih kerana mencurahkan ilmu kepada aku dan kawan-kawan.
Buat sahabat UiTM tersayang:
Buat sahabat UiTM tersayang:
Kak Que, Aimi, Ruby, Fila, Ezzati dan Lin terima kasih juga kerana memberi
pertolongan serta semangat. Susah senang kita sepanjang berkawan, aku bersyukur
mempunyai sahabat seperti kalian. Yang gila-gila, sporting, sehati dan sejiwa..
Hik hik.. Pengalaman duduk kolej, buat jahat sama-sama, outing, picnic, duduk
rumah sewa, study dekat ruang tamu sama-sama, memasak sama-sama, gosip
ramai-ramai, banyak lagilah. Paling aku suka, masa belajar kita belajar, masa
enjoy kita enjoy puas-puas. Tahniah untuk result kalian. InsyaAllah ada rezeki kita berjumpa lagi
semasa konvokesyen nanti.
Dengar cerita ramai classmate yang dapat Dean List final semester ni.
Tahniah korang. Penat lelah menelaah, tak tidur malam, bersengkang mata akhirnya
berbaloi kan. Hehe.
Okay, see next entry.